Sunday 23 November 2014

SEMUA DI JEMPUT HADIR

19:49

Dah hadir pegi mana pulak ni? hehehe jemput datang ke FESTIVAL khas untuk blogger dan pengayuh beskal yang bakal diadakan di

MINI STADIUM KUALA KUBU BHARU dari 28hb-30hb November 2014
Macam-macam aktiviti diadakan. Ada acara

  • baca blog sampai muntah
  • kayuhan berbasikal berirama
  • Niaga-niaga sambil berpantun
  • Band-band lawan nyanyi-nyanyi siapa paling tak sedap 
  • Ustaz Azhar Idrus pun ada
  • Main kejar semut (hehehe)
Banyak lagi lah, Festival besar-besaran ini dianjurkan oleh Malaysian Cycling For All Jamboree of coz la main lumba-lumba beskal yang mahal-mahal, beskal murah boleh kayuh kat umah hehehe takdelah.

SEWA TAPAK PUN MASIH ADA KALAU-KALAU ADA YANG NAK MENYEWA.
Ada 2 jenis tapak.. 

  1. Tapak booth saiz kaki gajah ( 20 kaki x 10 kaki )
  2. Tapak booth saiz itik ( 6 kaki x 4 kaki )
Terbaik ni, sebab anggaran pengunjung lebih kurang 1000 umat wah! tak termasuk peserta basikal, ahli band dan blogger macam korang datang lagi.

Ha! Jemput la datang.. takkan nak guna bas kilang plak datang umah jemput hehehehe :)


DiTulis

Kami merupakan orang yang bertanggungjawab dalam laman www.myblogfest.com, anda boleh menghubungi kami di admin@myblogfest.com untuk sebarang maklumat lanjut.

1 comments:

 

© 2013 Malaysia Blog Festival - Menghubungkan Kita Semua. All rights resevered. Designed by AkuBudakSeni™ Templateism

Back To Top