Monday 24 November 2014

3 Perkara Yang Mahu Di Tinggalkan

20:52

Siapa tahu 3 perkara yang perlu ditinggalkan sebelum kita beralih ke alam yang lain? Sudah tentu para pembaca yang penuh dengan ilmu akan tahu tentang perihal ini kan? Mari kita petik hadith sikit
Hadis dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim).
Jadi kita harus sedar bahwa kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang amat besar sebelum kita meninggal. Di mana, sekiranya kita meninggalkan perkara di atas nescaya jaminan tali pahala yang berterusan dapat di raih dan mampu memberi kesenangan kepada orang yang ditinggalkan dan kita yang meninggalkan.


  1. Sedekah Jariah
  2. Ilmu Bermanfaat
  3. Anak Soleh
SEDEKAH JARIAH

Pahala sedekah ni sebenarnya terpulang la pada keikhlasan kita memberi. Kita jauhkan perasaan apabila kita memberi dan memikirkan perkara buruk terhadap penerima, dan jangan kita memberi sedekah kemudian kita menyakitkan hati si penerima.

ILMU BERMANFAAT

Haaa!! ini yang mahal ni, kita boleh tinggalkan ni kat dunia ni. Penulis blog boleh meninggalkan ilmu yang bermanfaat. Jangan lah kita menyebarkan dosa pula, sebab menulis blog ni, sumber membaca ni terbuka dan global, kalau kita menulis perkara ilmiah, kan bagus pahala tu akan kekal selagi blog anda tak expired.

ANAK SOLEH

Anak soleh ni akan hadir kalau kita ada ilmu yang bermanfaat dan sifat pemurah untuk sedekahkan ilmu perlu ada. Tak kisahlah anak kandung, anak angkat atau anak buah, kalau kita mampu menyalurkan sifat pemurah kita untuk memberikan ilmu. Anak tu pula praktikkan ilmu itu lantas memberi bantuan terhadap kehidupan mereka. Wahhh, besarnya jasa kita.

Dengan berkongsi ilmu kita mampu apply hadith ni dengan baik.

DiTulis

Kami merupakan orang yang bertanggungjawab dalam laman www.myblogfest.com, anda boleh menghubungi kami di admin@myblogfest.com untuk sebarang maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Malaysia Blog Festival - Menghubungkan Kita Semua. All rights resevered. Designed by AkuBudakSeni™ Templateism

Back To Top